Minggu ini tiada kelas, tetapi ada tugasan untuk menghasilkan satu peta minda mengenai isu dalam teknologi dan inovasi dalam pebelajaran Fizik.
Saya mengambil peluang mengadakan perbincangaan kumpulan dengan kawan - kawan di perpustakaan. Perpustakaan memang dapat memberikan suasana persekitaran untuk belajar. Tetapi, tugasan ini sukar bagi saya kerana saya perlu menonton video mengenai hak cipta yang dilinkkan oleh Dr Nurulhuda. Video tersebut dihasilkan dengan kombinasi daripada video kartun.
Kelemahan diri saya ialah Video tersebut agar sukar dimahami kerana suara tersebut tidak stabil, saya dan rakan perlu mengulangi beberapa kali untuk memahami topk tersebut. Tugasan ini bukan saja dapat pengetahuan yang baru, saya dapat meningkatkan kemahiran mendengar semasa memahami kandungan video tersebut. Selain itu, saya juga dapat mengenalpasti pelbagai isu iaitu kesan negatif pelaksanaan teknologi dalam pemgajaran dan pembelajaran Fizik.
Physics class
Saturday, 5 March 2016
Sunday, 28 February 2016
Refleksi Minggu 1
Pada mulanya saya tidak mengetahui SFP 6024 dengan mendalam. Masih banyak pengetahuan yang saya perlu dipertingkatkan. Saya kurang keyakinan dalam kursus ini. Selain itu, saya adalah guru sains yang mengajar di sekolah rendah SKM (Sekolah Kurang Murid), tidak mempunyai peluang untuk mengajar Fizik di sekolah rendah.
Saya amat minat Fizik sejak sekolah menengah dan bermatlamat dapat melanjutkan pelajaran fizik, Inilah sebab saya mengambil fizik walaupun saya berkhidmat di sekolah rendah sahaja. Saya percaya minat ini membolehkan saya berjaya dalam akhir semester ini.
Ini merupakan kali pertama saya mendengar "Central Guiding Question" . CGQ ini dapat memberikan hala tuju kepada saya untuk megaplikasi semua maklumat SFP 6024 di sekolah yang sebenar. Falsafah pengajaran yang saya ditetapkan dapat meningatkan lagi semangat saya untuk mendidik anak murid bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam pendidikan sains.
Saya akan lebih berdisplin dan komitmen sepanjang kursus. Dengan itu, perancangan masa amat penting untuk memastikan semua kelas dan tugasan dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.

Central Guiding Question
Apakah yang saya boleh lakukan untuk meningkatkan pembelajaran fizik dengan mengintegrasikan komunikasi teknologi dan inovasi dalam pengajaran & pembelajaran Fizik.
Subscribe to:
Posts (Atom)