Physics class

Physics class

Saturday, 9 April 2016

Refleksi Minggu 7

         
            Blended Learning? Saya  pernah dengar sejak semester 1. Pengetahuan sedia ada saya mengenai blended learning ialah kelas yang tidak bersemuka dengan pensyarah dan perlu menyiapkan tugasan yang diberikan. Pada awalnya saya anggap ia adalah semata-mata digunakan untuk menyiapkan tugasan saja.

            Selepas mengikut  kursus secara online melalui   edX: BlendedX Blended Learning with edX, baru saya jelas apa tu blended learning dan memang salah faham sebelumnya. Blended learning adalah satu cara pembelajaran daripada kombinasi online learning melalui internet dengan pembelajarn di kelas.
            Blended learning ini mempunyai banyak kebaikan. Terutamanya, pelajar boleh menyiapkan tugas pada bila-bila masa sahaja, ia boleh berhenti dan sambung kemudian. Ini yang paling saya suka kerana bukan setiap masa saya mempunyai masa yang sesuai untuk belajar.
            Selain itu, terdapat quiz dalam blended learning yang membolehkan saya menguji diri dan mendapat markah/ respond serta merta. Saya juga mendapat informasi yang terkini mengenai blended learning di luar negara. Sebernarnya, dalam SFP 6024 ini, telah mengamalkan cara pengajaran blended learning. Dr  telah merancangkan minggu online learning dan minggu kuliah. Saya sangat suka cara pembelajaran SFP 6024 kerana bukan saja saya belajar konteks tetapi saya dapat merasai semua kaedah pembelajaran pada sutu masa yang sama.
            Pada pendapat saya, blended learning ini amat mencabar dilaksanankan di sekolah luar bandar kerana bukan semua sekolah mempunyai kemudahan internet. Seperti di sekolah bertugas saya yang terletak di kawasan kampung dengan kemudahan internet yang  tidak stabil.

Sunday, 3 April 2016

Refleksi Minggu 6

     Pembentengan RHP dijalankan pada minggu ini. Tajuk yang saya pilih adalah Kelajuan bagi tahun 6. Inovasi dalam pengajaran ini ialah penggunaan PBL dalam kelas. Ini mencabarkan saya kerana tidak pernah menggunakan PBL di dalam kelas.

     Video set induksi yang saya gunakan amat menarik, saya percaya dapat menarik perhatian murid dalam pembelajaran. Kelemahan dalam RPH ini adalah isi kandungan yang perlu dicapai oleh murid kurang jelas. Saya akan  membaikikan objektif tersebut lagi supaya dapat membantu saya membuat perancangan RPH.


     Selain itu, Dr mencadangkan saya melaksanakan Hybrid PBL kerana ia lebih sesuai bagi RPH saya. Saya berminat kaedah pengajaran ini, kerana dapat memberikan kesan yang positif kepada murid saya. Saya akan berusaha gigih untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.