Physics class

Physics class

Saturday, 12 March 2016

Refleksi Minggu 3

    Minggu ini amat menyeronokkan dengan kelas yang dikendalikan oleh Dr Nurul. Saya pernah berlajar mengenai Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) pada semester yang lepas, tetapi kali ini adalah lebih istimewa bagi saya, kerana saya dapat merasai PBL tersebut di dalam kelas.

    Sepanjang kelas berlangsung, saya memang tidak berasa letih seperti disebut oleh Dr pada awal permulaan kelas. PBL ini dapat meningkatkan kemahiran menyelesai masalah dan kemahiran komunikasi saya. Saya bersyukur dapat berkumpulan dengan cikgu Raja dan cikgu Kamil yang begitu berpengalaman.

     Senario PBL tersebut meningkatkan sikap ingin tahu saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya berbincang masalah tersebut dengan rakan dan pada akhirnya dapat membuat kesimpulan. Apa yang lebih penting adalah kaedah PBL ini amat berguna untuk meningkatkan pembelajarn murid, saya amat beryakin kerana diri sendiri dapat merasa kesan PBL tersebut.

     Selapas saya menghadiri kelas ini, saya akan cuba melaksanakan PBL di sekolah saya. Walaupun sekolah saya mempunyai beberapa murid sahaja, tetapi ia adalah kaedah yang berkesan untuk meningkatkan pembelajaran murid.


1 comment:

  1. Sesuatu yang menyeronokkan mengalami pengalaman PBL sendiri kan.tapi bagaimanakah perasaan anda apabila mengalami sendiri pengalaman berada di tempat Dr Nurul iaitu sebagai instructor?

    ReplyDelete