Minggu
ini belajar kaedah pebelajaran yang baru iaitu Thinking Based Learning (TBL).
Inilah kali pertama saya mendengar perkataan TBL. Saya mempunyai 2 tahun dalam
pengajaran sains tetapi tidak pernah guna kaedah ini dalam kelas saya.
Apa itu
TBL? TBL adalah pengajaran pemikiran cekap yang fokus kepada 3 kompenen: 1 Thinking
skill, 2 Habit of mind dan 3 Metacognition. Dalam kaedah ini murid dapat
mengetahui pemikiran sendiri supaya jelas tentang bagaimana mereka berfikir (berfikir
permikiran diri).
Kelas
minggu ini amat menarik juga kerana Dr menggunakan TBL ini dalam kelas dan
memberi peluang kepada kami semua untuk merasai. Saya memang tidak pernah fikir
tentang bagaimana sendiri membuat pemikiran. Tugasan hari ini mencabarkan saya
untuk berfikir. Taksonomi bloom dikelaskan mengikut ciri-ciri item dan saya
lebih jelas tentang taksonomi bloom ini.
Soalan
nampak senang tetapi apabila terdedah dengan TBL, otak saya letih untuk
berfikir dengan mendalam. Habit of mind
amat penting dalam kaedah TBL, kerana sikap seseorang adalah amat penting. Pada
masa yang akan datang, saya akan menggunakan kaedah TBL kepada murid tahap 2 sekolah
saya.


No comments:
Post a Comment