Minggu ini agak
sibuk bagi saya, kerana saya perlu menghasilkan laporan kajian tindakan dan
video pembelajaran PBL. Minggu ke 14, saya tidak dapat hadir kelas, maka saya
perlu membentangkan kedua-dua tugasan pada hari yang sama.
Bersyukur saya mampu menyiapkan semua
tugas dan berjaya dibentangkan dalam kelas. Tajuk kajian tindakan saya
berkaitan dengan penggunaan video multimedia dalam pengajaran sains Tahun 5.
Apa yang istimewa di sini adalah video
multimedia tersebut dihasilkan oleh diri sendiri. Video multimedia tersebut
menggunakan 3 minggu untuk dihasilkan. Saya merekodkan suara saya dalam video
tersebut bagi menerangkan pergerakan bumi dan bulan.
Responden saya terdiri daripada 2
orang murid sahaja. Oleh itu, saya tidak dapat menganalisis data melalui SPSS.
Walaubagaimana pun, dapatan menunjukkan kesan yang positif.

Bole ke share link vegas punye website? have to download or gune crack?
ReplyDeleteSaya beli Dvd install, online download not save, sebab will kena virus.
ReplyDeleteYang Vegas original memang mahal
Saya boleh sendkan installer, filenya 206mb.
Vegas ini agak menarik dan mungkin saya boleh cuba pada masa akan datang. Bagi mempelbagaikan lagi kaedah suntingan saya selain menggunakan Corel Video Studio dan Movie Maker.
ReplyDelete