Physics class

Physics class

Saturday, 26 March 2016

Refleksi Minggu 5

           

          Minggu ini belajar kaedah pebelajaran yang baru iaitu Thinking Based Learning (TBL). Inilah kali pertama saya mendengar perkataan TBL. Saya mempunyai 2 tahun dalam pengajaran sains tetapi tidak pernah guna kaedah ini dalam kelas saya.

            Apa itu TBL? TBL adalah pengajaran pemikiran cekap yang fokus kepada 3 kompenen: 1 Thinking skill, 2 Habit of mind dan 3 Metacognition. Dalam kaedah ini murid dapat mengetahui pemikiran sendiri supaya jelas tentang bagaimana mereka berfikir (berfikir permikiran diri).

            Kelas minggu ini amat menarik juga kerana Dr menggunakan TBL ini dalam kelas dan memberi peluang kepada kami semua untuk merasai. Saya memang tidak pernah fikir tentang bagaimana sendiri membuat pemikiran. Tugasan hari ini mencabarkan saya untuk berfikir. Taksonomi bloom dikelaskan mengikut ciri-ciri item dan saya lebih jelas tentang taksonomi bloom ini.


            Soalan nampak senang tetapi apabila terdedah dengan TBL, otak saya letih untuk berfikir dengan mendalam.  Habit of mind amat penting dalam kaedah TBL, kerana sikap seseorang adalah amat penting. Pada masa yang akan datang, saya akan menggunakan kaedah TBL kepada murid tahap 2 sekolah saya. 




Sunday, 20 March 2016

Refleksi Minggu 4

    Minggu ini cuti sekolah ke? Tidak bagi saya,  kerana menghadiri Program Tranformasi Minda (PTM) selama lima hari di Seremban. Letih betul setiap hari bermula dari 6.30a.m - 10.30 p.m. Otak penuh dengan transformasi. Hari terakhir program tetap saya bertolak ke UPSI setelah tamat PTM pada pukul 2 petang. Beg penuh dengan pakaian busuk tetapi berasa puas dengan ketabahan saya masih dapat hadir kelas master. hehehe ( tunggu untuk sah jawatan) ^^v

     Kelas mimggu ini masih dalam PBL tetapi tetap menarik kerana kena membina satu senario PBL dengan templete yang disediakan oleh Dr. Tidak dapat dinafikan bahawa pembinan senario PBL agar sukar dijalankan. Senario tersebut perlu dapat mengambil perhatian murid dan sikap ingin tahu murid untuk menyelesaikan masalah.

       APa yang lagi menarik adalah Dr menggunaan kaedah PBL kepada kami untuk menghasilkan senario PBL. PBL ke PBL? apa in ??? Jangan takut, ia menyeronokan saya untuk aktiviti ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan satu senario mengenai pembinaan pelabuhan di teluk atau tanjung dengan tajuk " DIMANA PELABUHAN KAMI? " . Pada akhir kelas, saya dapat sedikit kemahiran untuk membina senario dengan ahli kumpulan saya. Akhir kata, Badan letih, tapi hati tak letih. :)


       

Saturday, 12 March 2016

Refleksi Minggu 3

    Minggu ini amat menyeronokkan dengan kelas yang dikendalikan oleh Dr Nurul. Saya pernah berlajar mengenai Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) pada semester yang lepas, tetapi kali ini adalah lebih istimewa bagi saya, kerana saya dapat merasai PBL tersebut di dalam kelas.

    Sepanjang kelas berlangsung, saya memang tidak berasa letih seperti disebut oleh Dr pada awal permulaan kelas. PBL ini dapat meningkatkan kemahiran menyelesai masalah dan kemahiran komunikasi saya. Saya bersyukur dapat berkumpulan dengan cikgu Raja dan cikgu Kamil yang begitu berpengalaman.

     Senario PBL tersebut meningkatkan sikap ingin tahu saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Saya berbincang masalah tersebut dengan rakan dan pada akhirnya dapat membuat kesimpulan. Apa yang lebih penting adalah kaedah PBL ini amat berguna untuk meningkatkan pembelajarn murid, saya amat beryakin kerana diri sendiri dapat merasa kesan PBL tersebut.

     Selapas saya menghadiri kelas ini, saya akan cuba melaksanakan PBL di sekolah saya. Walaupun sekolah saya mempunyai beberapa murid sahaja, tetapi ia adalah kaedah yang berkesan untuk meningkatkan pembelajaran murid.


Saturday, 5 March 2016

Refleksi Minggu 2

     Minggu ini tiada kelas, tetapi ada tugasan untuk menghasilkan satu peta minda mengenai isu dalam teknologi dan inovasi dalam pebelajaran Fizik.

     Saya mengambil peluang mengadakan perbincangaan kumpulan dengan kawan - kawan di perpustakaan. Perpustakaan memang dapat memberikan suasana persekitaran untuk belajar. Tetapi, tugasan ini sukar bagi saya kerana saya perlu menonton video mengenai hak cipta yang dilinkkan oleh Dr Nurulhuda. Video tersebut dihasilkan dengan kombinasi daripada video kartun.

     Kelemahan diri saya ialah Video tersebut agar sukar dimahami kerana suara tersebut tidak stabil, saya dan rakan perlu mengulangi beberapa kali untuk memahami topk tersebut. Tugasan ini bukan saja dapat pengetahuan yang baru, saya dapat meningkatkan kemahiran mendengar semasa memahami kandungan video tersebut. Selain itu, saya juga dapat mengenalpasti pelbagai isu iaitu kesan negatif pelaksanaan teknologi dalam pemgajaran dan pembelajaran Fizik.

Sunday, 28 February 2016

Refleksi Minggu 1

    
   Pada mulanya saya tidak mengetahui SFP 6024 dengan mendalam. Masih banyak pengetahuan yang saya perlu dipertingkatkan. Saya kurang keyakinan dalam kursus ini. Selain itu, saya adalah guru sains yang mengajar di sekolah rendah SKM (Sekolah Kurang Murid), tidak mempunyai peluang untuk mengajar Fizik di sekolah rendah.

     Saya amat minat Fizik sejak sekolah menengah dan bermatlamat dapat melanjutkan pelajaran fizik, Inilah sebab saya mengambil fizik walaupun saya berkhidmat di sekolah rendah sahaja. Saya percaya minat ini membolehkan saya berjaya dalam akhir semester ini.

     Ini merupakan kali pertama saya mendengar "Central Guiding Question" . CGQ ini dapat memberikan hala tuju kepada saya untuk megaplikasi semua maklumat SFP 6024 di sekolah yang sebenar. Falsafah pengajaran yang saya ditetapkan dapat meningatkan lagi semangat saya untuk mendidik anak murid bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam pendidikan sains.

     Saya akan lebih berdisplin dan komitmen sepanjang kursus. Dengan itu, perancangan masa amat penting untuk memastikan semua kelas dan tugasan dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan.