Physics class

Physics class

Sunday, 22 May 2016

Refleksi Minggu 12 & 13

        Minggu ini agak sibuk bagi saya, kerana saya perlu menghasilkan laporan kajian tindakan dan video pembelajaran PBL. Minggu ke 14, saya tidak dapat hadir kelas, maka saya perlu membentangkan kedua-dua tugasan pada hari yang sama.

          Bersyukur saya mampu menyiapkan semua tugas dan berjaya dibentangkan dalam kelas. Tajuk kajian tindakan saya berkaitan dengan penggunaan video multimedia dalam pengajaran sains Tahun 5.

          Apa yang istimewa di sini adalah video multimedia tersebut dihasilkan oleh diri sendiri. Video multimedia tersebut menggunakan 3 minggu untuk dihasilkan. Saya merekodkan suara saya dalam video tersebut bagi menerangkan pergerakan bumi dan bulan.


          Responden saya terdiri daripada 2 orang murid sahaja. Oleh itu, saya tidak dapat menganalisis data melalui SPSS. Walaubagaimana pun, dapatan menunjukkan kesan yang positif. 

Tuesday, 10 May 2016

Vegas pro untuk sunting video PBL

          


          Langkah yang mencabar sudah pun tiba. Selepas merekod temu bual dengan murid saya, inilah masanya untuk menghasilkan video pembelajaran melalui PBL.

          Perisian yang saya gunakan adalah Vega Pro 11. Perisian ini amat komplek dengan pelbagai button. Tetapi video yang dihasilkan memang berkualiti dan jelas.

          Bahagian yang paling sukar dalam menghasilkan video adalah menambahkan subtitle untuk video. Saya mengajar dengan mengguna bahasa Cina, oleh itu, perlu menambahkan seni kata.




          Saya belajar mengguna vegas melalui You tube, didapati banyak video pembelajaran vegas boleh dinonton. Memang saya menggunakan masa yang sangat panjang untuk menguasai kemahiran asas menggunakan vegas pro ini. Akhirnya saya dapat menghasilkan video dengan jayanya. 

Friday, 6 May 2016

Refleksi Minggu 10 & 11

Minggu ini saya sudah bermula melaksanakan pengajaran Problem based learning di kelas saya. Saya telah memilih murid tahun 6 yang comel sebagai kelas yang pertama mengikut PBL.

          Tidak sangka murid saya sangat seronok dengan pembelajaran tajuk kelajuan melalui PBL. Mereka tak pernah berasa bosan dan mengantuk dalam kelas itu. Saya dapat melihat murid berbincang dalam kumpulan dan berkongsi maklumat antara satu sama lain.

          Kelemahan dalam saya melaksanakan PBL adalah penggunaan masa yang sangat panjang. Ini disebabkan murid tidak dapat menguasai cara menyatakan fakta dan idea. Oleh itu, saya memerlukan masa untuk membimbing mereka cara melengkapkan FILA chart tersebut.

          PBL memberikan kesan yang positif kepada murid, didapati bahawa semua murid sangat aktif dalam kelas ini. Senario yang saya hasilkan dapat menarik minat murid untuk mencari penyelesaian. Saya tidak perlu menyuruh murid mencari penyelesaian, mereka mampu mencari penyelesaian dari pelbagai sumber.

          Pada masa yang akan datang, saya akan menggunakan PBL ini untuk topik yang lain bagi memaksimumkan pembelajaran murid.